COOKING??

Yups, weekend nie adalah pengalaman pertama aku memasak secara real untuk bagi papa makan. Of course, there are just the two of us at home while ibu pergi camping dengan student dia. Jangan salah faham pulak. bila aku cakap pengalaman pertama memasak tu bukanlah maksudnya aku tak pernah masuk dapur unutk memasak. Masak untuk kenyangkan perut sendiri tu selalu sangat tapi tak sedap mana pun. Sebab tu la aku tak confident nak bagi orang lain rasa apa yang aku masak especially parents aku. Tapi bila dah tinggal berdua je dengan papa, terpaksalah tunjuk skill memasak yang entah apa-apa. Owh, sebenarnya rancang nak ikut ibu tapi last minit ibu cakap tak payah pergi. First thing yang aku buat, bukak fridge and then tengok benda apa nak masak unutk hujung minggu nie. And the result:

Jumaat (dinner) : Sambal telur hancur & Ikan Dowry steam
Sabtu (breakfast) : Teh Tarik (3 in 1) & Kuih Bahulu
Sabtu (lunch) : Tauhu Jepun Sos Tiram & Terung + Ikan Bilis Sambal
Sabtu (dinner) : Karipap (frozen), Bahulu, Kiwi & Teh O
Ahad (breakfast & lunch) : ???

Nampak tak betapa teruknya aku dalam masakan. Semua lauk yang aku masak tu simple and senang tapi rasa dia agak tak okay sikit. Sambal telur dengan ikan Dowry steam tu senang. Tapi bila aku masak tauhu jepun tu, rasa dia masin sikt. And unutk terung masak sambal tu pulak, aku tak ingat kene pakai cili apa. Cili kering yang dah blend? Cili api? Cili merah yang besar? Serious cakap memamg aku tak ingat ibu selalu suruh aku blend apa. Last sekali aku pilih cili merah. disebabkan tauhu yang aku masak tu dah masin so aku letak garam sikit je dalam terung tu. Then time nak makan aku tengok papa ambil tauhu dulu (ayah aku suka makan lauk satu-satu sebab dia cakap supaya rasa lauk tak bercampur), so aku cakap kat papa, tauhu tu kene makan sekali dengan terung sebab tauhu tu masin and terung tu pulak takde rasa sangat. Lepas aku cakap macam tu papa terus ambil terung tu sekali. Yeah, I know...Im 20 yet still do not know how to cook very well. Selalu je tolong ibu kat dapur unutk masak tapi dalam ingatan tu memang takde apa-apa la boleh cakap. Ahad?? Kenapa tak tulis menu apa yang aku dah buat?? Sebab hari nie baru je hari Sabtu. Hurm, nak buat apa ye breakfast and lunch esok. Hope ibu balik awal sikit (^.^)

Mid VallEy With Sopiah Cute

Sofiah Sulaiman ~ Rasanya dah banyak kali kot aku mentioned nama budak nie. Kawan baru dekat MESTECH (baru ke, dah habis satu tahun dah pun). Hari nie merupakan hari ke-18 aku bercuti after final habis. And hari nie jugaklah aku promise-promise dengan Sofiah nak keluar pergi Mid Valley, actually bukan hari nie tapi esok (hari rabu, maklumlah tiket wayang murah esok). Tapi batal sebab dia ada ceramah KPP

Orang baru nak ambil lesen, patutnya duduk diam-diam,
dengar je orang bagi ceramah kat depan, 
budak nie boleh main lari-lari pulak,
ada hal keluarga erk...???? Alasan je tu
Sebenarnya pergi shopping dengan kakak-kakak kat SOGO.
Kan dah kene ganti hari rabu pulak
Adoi... tak boleh pakai sungguh budak nie!!!

Itu la sebabnya tarikh dating kami dipercepatkan sehari. Sebab Mid tu besar sangat, takde lah kitaorang nak pusing semua tingkat and masuk semua kedai. Mana yang mampu je la. Owh, lupa pulak nak cakap, niat janji nak jumpa dekat Mid sebab nak try kedai makanan Korea yang kawan-kawan kami selalu cerita, Dubu Dubu. Kalau ada masa pergilah cuba, try and rasa. Tak nak lah nak promote sangat sebab lidah orang lain-lain. So siapa yang rasa nak cuba, silakanlah. Tadi kitaorang ambil chicken bulgogi dengan spicy topokki. Taste dia, tak sedap tapi tak teruk sangat. Ermmm, not bad la. 

Time tengok wayang tak beli pun popcorn. Just air, chicken meatball dan mash potato. Snow White and the Huntsman. Yang nie pun tak nak promote jugak. Nak taw best ke tak, pergi tengok sendiri okay!! Tapi aku suka sebab ada Bella yang berlakon dalam cerita Twilight Saga tuh. Then, pergi ronda-ronda kawasan sekejap. Beli kasut sepasang and sehelai baju untuk adik aku. Cukup la tu kot. Yang Sofiah nie nak cari wallet baru tapi tak jumpa pulak yang dia suka. Ada je yang tak kene. Sebab aku and Sofiah nie suka makan sushi, kami pun singgah la Sushi King. Between pukul 3-6 ada 20% untuk semua jenis sushi yang kita ambil, so bolehlah makan-makan nak kasi senak perut. 

Then, ibu call tanya aku lambat lagi ke nak balik. Dia bagi dua pilihan je, dia ambil pukul 5.30 petang or pukul 10 malam. Of course la taknak balik malam. Berlari-lari la dengan Sofiah Sulaiman pergi KTM.