In my mind

Ok..rasanya dah lama sangat-sangat aku tak post apa-apa kat blog yang sangat sepi nie..hehe..So, mari kita mulakan cerita! Erm, first of all mintak maaf sangat-sangat sebab dah lama blog ni diabaikan. Nak kata sibuk, takde la sangat tapi kalau dah malas, memang tak boleh nak buat apa-apa la kan. Tapi tak apa, aku berAZAM, lepas habis final sem nie, aku akan tulis semua cerita yang tertinggal !!!

So final start selasa nie (20/11/2012) but sad to say, my preparation is almost equal to nothing. Eh, bukan niat aku sem 3 ni kene dapat 3.8 ke?? then what the hell i'm doing during these time. Hurmmm...nie nak mengeluh banyak-banyak nie. Agak-agak sempat tak kalau aku nak cover semua topik dlm masa seminggu dua nie?? Korang rasa? Before nie rasa tenang je lepak, makan, layan cerita korea!!, berangan and so on tapi sekarang mula rasa takut.. Memang kene pulun habis-habisan la jawabnya + doa banyak-banyak mintak Allah tolong permudahkan semua urusan aku. JOM STUDY!!!

Merepek

First of all..mintak maaf sebab dah lama tak update even cuti panjang. Dah nak habis cuti pun nie. Memang banyak cerita nak kena tulis dan kenang tapi bila memikirkan malas tu, langsung tak jadi nak update.

BILA NAK TULIS CERITA BARU??
MALAS LAH...
TENGOKLAH ESOK LUSA ( ''-'')

COOKING??

Yups, weekend nie adalah pengalaman pertama aku memasak secara real untuk bagi papa makan. Of course, there are just the two of us at home while ibu pergi camping dengan student dia. Jangan salah faham pulak. bila aku cakap pengalaman pertama memasak tu bukanlah maksudnya aku tak pernah masuk dapur unutk memasak. Masak untuk kenyangkan perut sendiri tu selalu sangat tapi tak sedap mana pun. Sebab tu la aku tak confident nak bagi orang lain rasa apa yang aku masak especially parents aku. Tapi bila dah tinggal berdua je dengan papa, terpaksalah tunjuk skill memasak yang entah apa-apa. Owh, sebenarnya rancang nak ikut ibu tapi last minit ibu cakap tak payah pergi. First thing yang aku buat, bukak fridge and then tengok benda apa nak masak unutk hujung minggu nie. And the result:

Jumaat (dinner) : Sambal telur hancur & Ikan Dowry steam
Sabtu (breakfast) : Teh Tarik (3 in 1) & Kuih Bahulu
Sabtu (lunch) : Tauhu Jepun Sos Tiram & Terung + Ikan Bilis Sambal
Sabtu (dinner) : Karipap (frozen), Bahulu, Kiwi & Teh O
Ahad (breakfast & lunch) : ???

Nampak tak betapa teruknya aku dalam masakan. Semua lauk yang aku masak tu simple and senang tapi rasa dia agak tak okay sikit. Sambal telur dengan ikan Dowry steam tu senang. Tapi bila aku masak tauhu jepun tu, rasa dia masin sikt. And unutk terung masak sambal tu pulak, aku tak ingat kene pakai cili apa. Cili kering yang dah blend? Cili api? Cili merah yang besar? Serious cakap memamg aku tak ingat ibu selalu suruh aku blend apa. Last sekali aku pilih cili merah. disebabkan tauhu yang aku masak tu dah masin so aku letak garam sikit je dalam terung tu. Then time nak makan aku tengok papa ambil tauhu dulu (ayah aku suka makan lauk satu-satu sebab dia cakap supaya rasa lauk tak bercampur), so aku cakap kat papa, tauhu tu kene makan sekali dengan terung sebab tauhu tu masin and terung tu pulak takde rasa sangat. Lepas aku cakap macam tu papa terus ambil terung tu sekali. Yeah, I know...Im 20 yet still do not know how to cook very well. Selalu je tolong ibu kat dapur unutk masak tapi dalam ingatan tu memang takde apa-apa la boleh cakap. Ahad?? Kenapa tak tulis menu apa yang aku dah buat?? Sebab hari nie baru je hari Sabtu. Hurm, nak buat apa ye breakfast and lunch esok. Hope ibu balik awal sikit (^.^)

Mid VallEy With Sopiah Cute

Sofiah Sulaiman ~ Rasanya dah banyak kali kot aku mentioned nama budak nie. Kawan baru dekat MESTECH (baru ke, dah habis satu tahun dah pun). Hari nie merupakan hari ke-18 aku bercuti after final habis. And hari nie jugaklah aku promise-promise dengan Sofiah nak keluar pergi Mid Valley, actually bukan hari nie tapi esok (hari rabu, maklumlah tiket wayang murah esok). Tapi batal sebab dia ada ceramah KPP

Orang baru nak ambil lesen, patutnya duduk diam-diam,
dengar je orang bagi ceramah kat depan, 
budak nie boleh main lari-lari pulak,
ada hal keluarga erk...???? Alasan je tu
Sebenarnya pergi shopping dengan kakak-kakak kat SOGO.
Kan dah kene ganti hari rabu pulak
Adoi... tak boleh pakai sungguh budak nie!!!

Itu la sebabnya tarikh dating kami dipercepatkan sehari. Sebab Mid tu besar sangat, takde lah kitaorang nak pusing semua tingkat and masuk semua kedai. Mana yang mampu je la. Owh, lupa pulak nak cakap, niat janji nak jumpa dekat Mid sebab nak try kedai makanan Korea yang kawan-kawan kami selalu cerita, Dubu Dubu. Kalau ada masa pergilah cuba, try and rasa. Tak nak lah nak promote sangat sebab lidah orang lain-lain. So siapa yang rasa nak cuba, silakanlah. Tadi kitaorang ambil chicken bulgogi dengan spicy topokki. Taste dia, tak sedap tapi tak teruk sangat. Ermmm, not bad la. 

Time tengok wayang tak beli pun popcorn. Just air, chicken meatball dan mash potato. Snow White and the Huntsman. Yang nie pun tak nak promote jugak. Nak taw best ke tak, pergi tengok sendiri okay!! Tapi aku suka sebab ada Bella yang berlakon dalam cerita Twilight Saga tuh. Then, pergi ronda-ronda kawasan sekejap. Beli kasut sepasang and sehelai baju untuk adik aku. Cukup la tu kot. Yang Sofiah nie nak cari wallet baru tapi tak jumpa pulak yang dia suka. Ada je yang tak kene. Sebab aku and Sofiah nie suka makan sushi, kami pun singgah la Sushi King. Between pukul 3-6 ada 20% untuk semua jenis sushi yang kita ambil, so bolehlah makan-makan nak kasi senak perut. 

Then, ibu call tanya aku lambat lagi ke nak balik. Dia bagi dua pilihan je, dia ambil pukul 5.30 petang or pukul 10 malam. Of course la taknak balik malam. Berlari-lari la dengan Sofiah Sulaiman pergi KTM.

CIEH

ASSALAMUALAIKUM

Minggu ni kene perangai elok-elok sikit because ada interviewer dari CIEH. Kene manis-manis kan muka. Nak tunjuk good impression la kat orang yang nak tolong kita nie. Or maybe tak salah kalau aku kata nak ambil hati sebenarnya. Kene pakai baju kurung for this whole week. Lelaki pulak baju melayu ke? Eh of course la tak. Mereka-mereka tu just kene pakai kemeja and slack. Bukan nak buat peragaan baju-baju Malaysia pun, just nak bagi nampak formal la.

Eh, sorry!!!! Mesti korang tertanya-tanya apa tu CIEH kan. Erm, CIEH tu stand for Chartered International of Environment Health, from London okay. Nie la pertubuhan yang akan asses seluruh program Bachelor of Environmental Health Care (BEHC) of Unikl Mestech. Budak-budak BEHC bolehlah rasa lega lepas nie sebab dah tak payah nak fikir pasal sijil laku ke tak time nak dapat kerja. Kalau dapat accreditation dari CIEH ni dah boleh kerja kat dalam and luar negara tapi kene tunggu grade dulu la. Anyway, congrats korang!!!

Apa??? Belum dapat approval lagi ke? Memang pun---Kene la tunggu result dari interview yang dorang buat kat student-student (yang terpilih je taw), staff and lecturer. Tapi aku yakin sangat-sangat yang warga Unikl Mestech dapat yakinkan wakil dari CIEH tu especially student BEHC sendiri. Erm, kawan aku yang tersangatlah brutal named Sofiah Sulaiman pun antara student yang terpilih kene interiew jugak. And I was just helped her with the possible question that may be ask by the interviewer. Good luck budak brutal !!

For student Bachelor in Clinical Laboratory Science (BCLS) Unikl Mestech bersabar la untuk dapat accreditation dari mana-mana association pulak okay (TERMASUKLAH AKU)

Kalau nak lebih info pasal CIEH, silalah klik 'CIEH' ni.

nEW wORD!!!

29 MARCH 2012 - Well semalam saya ada presentation english about "entertainment today!!! ". And ada perkataan baru yang saya belajar. Actually, takde la baru pun coz ramai yang dah tahu and that word pun memang orang selalu guna. Only me (I guess) yang baru tahu word tu. Korang tahu tak perkataan nie 'COUCH POTATO'. Kalalu dulu maybe word nie US je yang pakai tapi sekarang dah worldwide kot. This word biasanya orang lain pakai untuk describe orang lain yang inactive. Maksud pasar couch potato nie ala-ala lazy people la...

Markah untuk presentation nie of course la tak gempak tapi quite okay la kot...74/100.....itu pun bagi saya dah kira tinggi coz semalam tak ada la buat presentation yang bersemangat pun. Slide pun baru siap edit 2-3 jam before english class tu. TQ Miss Intan for being such a good and supportive lecturer. (^-^)

Ermmm....ada penambahan sikit taw. New word untuk minggu nie adalah IDK. Actually bukan word pun tapi   lebih kurang macam akronim kot. Stand for 'I Dont Know'. Siapa lagi kalau bukan Sofiah Sulaiman yang comel lagi bijaksana yang telah perkenalkan kepada Shahirah Mohd Hairi nie. Ada one day nie saya tanya soalan dekat budak comel tu....meh ar join perbualan kami:

Shira: Wei Pia, jawapan utk.......apa ek?
Bdk Comel: IDK
Shira: Huhh??Huh???Amenda? Ulang balik wei
Bdk Comel: IDK la
Shira: X pernah dengar pun, sah ak tido dlm kls genetic nie 
(sambil buat muka bengap...hihi)
Bdk Comel: IDK tu I Dont Know la
Shira: Ceh, apsal x ckp awal-awal. IDK gala bagai buat apa, ckp je la xtaw
Bdk Comel: Haa, yelah...IDK tu xtaw la
Shira: Ish, bdk nie terajang kang bru taw (@.@)

Moral of the story nye, jangan tanya soalan dekat budak yang terlampau advance dalam bahasa. Kalau tak, mesti kita yang end up dengan otak yang lagi serabut.Grrrggrrrrr!!!

8 MARCH 2012

8 MARCH 2012

Siapa tahu ada apa dekat tarikh nie?
Erm....hari ni adalah
HARI WANITA SEDUNIA
Siapa rasa diri dia wanita, angkatlah tangan macam saya
Kenapa dengan wanita?
Spesial sangat ke?
Eh, mestilah spesial sebab....
SHAHIRAH pun perempuan
tak adalah, sebenarnya semua orang pun spesial
baik lelaki atau perempuan
dan semua kelebihan tu bergantung dekat orang tu sendiri
WANITA lebih disebut-sebut/diingati sebab
kami ini insan yang lemah tetapi kami sangat penting
kami yang melahirkan wanita lain dan lelaki lain 
i'm proud to be a woman/girl

HAPPY WOMAN DAY

**breakfast**

Last day staying at Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur

Hotel Sri Petaling

Erm, breakfast macam biasa...alone
But then, PKNS football team entered the dine room
Okay, tak handsome pun...haha
Kalau dulu, idea untuk football player nie handsome and stylo
Tapi untuk those guy, they still in average
Suka cakap kuat-kuat
Suka cakap besar
Suka menjerit even orang ramai kat dine room tu
Suka pakai seluar pendek (pendek kat sini = atas lutut okay)
Tapi ada je yang okay, senyap and sopan =D


Time makan-makan, ada lelaki tegur
"Dari mana mbak?"
"Hah?"
"Mbak, datangnya dari mana?"
"Owh, Malaysia" 
takkan la Indonesia kot (dalam hati je la)
takpe, layan kan je la orang yang nak beramah-mesra nie
adab kena jaga 
MALAYSIA BOLEH!!!!


simple & tidy

 ASSALAMUALAIKUM...

Siapa boleh ajar aku nak buat blog yang simple tapi best. Padat tapi kemas. Teringin nak belajar, tak payah yang canggih-canggih pun takpe kot, as long as sedap mata memandang. Jealous tengok blog orang lain yang sweet-sweet belaka.

Another one, macam mana nak decide kita nak kene tulis apa. Panjang mana. Nak masukkan apa. Sesuai tak title tu dengan cerita yang kita nak tulis.

Macam mana orang ada masa nak update dorang punya profile all the time ea? Aku pun ada 24/7, sama macam orang lain. Dorang ada masa nak tulis blog, aku tak ada masa nak tulis blog. Kalau ada masa pun, time tu tak ada idea nak tulis.

Anyone that have tips, please feel free to share with me, okay!!!

P/S : I'm on my way to edit the blog coz it's quite messy and unattractive.

END OF SEMESTER 1

OK, DISEBABKAN AKU BARU NAK UPDATE CERITA PASAL SEMESTER 1 YANG DAH NAK LUPUT DARI INGATAN AKU NIE, XDE BENDA SANGAT LA NAK CERITA.
JUST AS USUAL, BEFORE SEMESTER HABIS MESTI ADA EXAM KAN...SO, SEPANJANG DUA MINGGU EXAM TU BOLEH KATA HIDUP AKU SANGAT TAK TERATUR. BOOKS, NOTES AND QUESTIONS TO FINISH AND READ BEFORE THE PAPERS STARTED. TIDUR, BACA NOTES, TIDUR, BACA NOTES AND TIDUR. NIE LA PENGALAMAN PERTAMA AKU AMBIL EXAM IN UNIVERSITY OKAY. PERGH, MEMANG GILA LA BOLEH CAKAP. TAPI ALHAMDULILLAH, SEMUA TU TAMAT PUN. TUNGGU RESULT JE =) HOPEFULLY DAPAT RESULT YANG BOLEH DIBANGGAKAN JUGAK.